Friday, June 24, 2011

Malaysia Menang 2-1 (Malaysia vs Lubnan)

Hai...Hai...Hai...^-^


Malaysia Menang!!!!!! Horay!!!Layak ke OLIMPIK!!!! Berbaloi kepada sesiapa yang pergi tengok dan pakai baju Malaysia."Macam pakteh aku". 2-1 dan di saat 5 6 minit last,memang saat yang menakutkan.Takut lah tiba-tiba Lubnan bagi gol.Dahla Malaysia kena kad Merah time main.Seram-seram.Bile masa dah habis,rasa happy sangat-sangat.

Malaysia Boleh!!!!

Skuad Olimpik negara berjaya mencatat sejarah apabila mara dalam peringkat kumpulan selepas membenam Lubnan 2-1 pada perlawanan  kelayakan pusingan kedua Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur malam tadi.

Anak buah Ong Kim Swee mempamerkan penguasaan sepanjang babak separuh pertama namun aksi separuh masa kedua sedikit mengecewakan kerana Malaysia terpaksa  bermain 10 orang pemain apabila Gary Steven Robbat (min 50) dilayangkan kad kuning kedua.

Gol pertama negara dijaringkan seawal minit ketujuh hasil daripada rembatan menarik oleh Md Irfan Fazail (min 7) yang bermula daripada sepakan penjuru yang  diambil Wan Zack Haikal Wan Nor.
Gol Irfan melonjak semangat para pemain negara dengan penguasaan dan rentak permainan lebih memihak kepada Malaysia.

Serangan dan rentak hebat berterusan apabila pintu gol Dakramanji Mohamad bocor lagi pada babak akhir separuh masa pertama hasil rembatan mudah oleh Wan Zack  (min 40) selepas menerima hantaran menarik daripada Gary Steven  Robbat.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Rentak permainan negara terbantut sepanjang separuh kedua, apabila ketiadaan Steven Robbat seawal 5 minit pertama separuh masa kedua nyata dirasai dibahagian  jentera tengah sehingga memaksa Malaysia lebih banyak bertahan.

Lubnan nyata lebih menguasai permainan pada babak separuh kedua dan memaksa Khairul Fahmi Che Mat 
 terpaksa berhempas-pulas menyelamatkan pintu gol daripada  dibolosi.

Serangan bertali arus oleh Lubnan akhirnya berjaya apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan Chadi Atie hasil kekalutan yang berlaku di hadapan pintu  gol negara.

Menyedari sukar untuk menyekat corak permainan Lubnan, Kim Swee merombak percaturan untuk mengelak daripada terus dibocori dengan memasukkan Abdul Shukor  Jusoh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Md Izzaq Faris Ramlan.

Beberapa gerakan daripada Mohamed Haidar banyak menyebabkan barisan pertahanan negara kucar-kacir dan beberapa percubaannya bahayanya hampir mengundang padah  buat Msia.

Mujurlah Khairul Fahmi mempamerkan penguasaan dihadapan pintu gol untuk menafikan peluang Lubnan serta sekaligus membantu negara meraih kemenangan penting 2 -1 hingga tamat 90 minit permainan.

Dengan keputusan ini Malaysia melangkah ke pusingan seterusnya selepas berjaya mara dalam saingan peringkat kumpulan zon Asia.

Pusingan kelayakan Olimpik 2012 seterusnya akan bersambung pada September ini.

 

Petang semalam,my dad call,memang selalo my dad akan dapat tiket bola lebih "if ad rezeki,tp selalo dpt.".Call tanya nak gi tengok tak.Memang nak pergi tapi takut pergi berdua dengan Mr Nobita.Ramai-ramai plak tu.Batalkan niat nak ke sana.Simpan tenaga nak berasak malam ni."Final Maharaja Lawak".

Kebelakangan ni post aku hanya tertumpu kepada Maharaja Lawak sahaja.Macam aku ni terlalu obses dengan Maharaja Lawak.Sampai Mr Nobita jelez ingat aku minat kat orang tapi sebenarnya aku hanya minat lawak diorang. Aku suka sesuatu yang boleh buat aku ketawa.Bila korang rasa sunyi,tension,geram,nak marah dan apa sahaja yang emmbuatkan korang susah hati,bila ada yang buat lawak yang boleh bagi korang ketawa,semua masalah akan settle.Tol tak?Kalau tak,aku tak tau la.Mungkin korang mengalami kemurungan tahap maksimum.huhu.." Teringat Mr Nobita selalo buat lawak tiap kali aku nak mrah."

Poket Doraemon- Dah dapat tiket,tapi ada problem pulak.Tak tau nak bawa sape.

1 comments:

Yong said...

hahaha yes, happy sangat alhamdulillah...bola kita menang. hahaha.

 
COPYRIGHT @ 2009- 2011 . DONE BY, SUARA SIZUKA