Sunday, June 19, 2011

Budak Besar minat Budak Kecik.

Hai....Hai...Hai...^^

 Sambil dengar lagu Memori Tercipta-Shila,perah otak nak buat entry baru ni. Masih berpikir ni nak buat tentang apa.Hari ni duduk tercongok kat rumah jadi takde modal nak cerita.Takkan aku nak cerita apa yang aku buat hari ni dan apa yang aku masak. Macam menunjuk rajin pulak.huhu....

Dengar lagu ni teringat time Shila ni kecik-kecik.Time tu aku darjah 5.Dia darjah 3. ND Lala datang sekolah aku dan buat promosi lagu anak dia, IBU .1st time aku dengar suara dia, rasa macam nak tercabut nyawa. Sangat-sangat sedap dan nyaring.Susah nak dengar suara yang sangat merdu cam SHila.Time tu jugak aku terus minat kat dia. Tapi secara diam-diam.(Time tu malu budak besar minat budak kecik).

Esok barulah bawa duet nak beli kaset Shila ,tengok-tengok dah habis.Macam nak gila aku time tu tak dapat.Last-last duet tu aku beli barang jahitan.Burn duet. Lepas tu senyap je.

Tup tap tup tap dia sama sekolah menengah time dia tingkatan 2 & 3 (Time tu aku tingkatan 4). Ada kawan aku sorang tu duduk dekat rumah dengan Shila n ada nombor dia.Aku ni dengan muka yang tak tahu malu dan rasa seronok minta nombor Shila.Petang tu juga aku call.Time tu rumah aku pakai line TM jadi tak kesah nak call no rumah dia.

"Hello,boleh saya cakap dengan Shahila?"


"Siapa ni" -Mak dia angkat da..

" Saya kawan dia, XXXXXXX" -Time tu aku tipu nama apa ntah.

" Hello"-Shila angkat



" Hai adik,akak ni minat adik.Nak tanya,tape lagu lama tu ada lagi tak.Time dulu nak beli kat sekolah dah abis".- Aku mula la ayat yang sangat kasihan untuk bercakap dengan Shila.

" Dah abis la kak buat masa ni.Dah lama tape tu tak keluarkan"

Abisla perbualan aku dengan Shila.Bila sekarang dah tengok dia berjaya,rasa seronok sangat sebab aku pernah minat dia dari dia kecik lagi. Tapi bila pikir-pikir,malu gakla samapi sanggup telefon rumah dia. Tu lah kenangan yang paling memalukan tak dapat aku lupakan.

Tapi biarlah minat macam tu je. Time sekolah dulu,Shila ni rapat dengan budak Cina.(Kan dia pandai cakap bahasa Cina). Takde sangat pun kawan dengan Melayu sangat.Mungkin dia sombong atau pun orang segan nak kawan dengan dia. No komen..... Pernah gak time Sambutan hari Guru,dia nyanyi,time tu aku n kawan-kawan buat persembahan tarian.Seriusly,time tu dia tak sombong pun.Tapi dia cantik kan.Dia cantik kat gigi dia.Nampak manis sangat.



Ni picture time dia darjah 5 tak salah aku.Comel,cantik n sweet..

Family Shila.Mak Shila sangat cantik.peewit..



 Time ni Shila nyanyi lagu n siar lagu kt Youtube

Poket Doraemon- Sekarang ni kalau dengar balek lagu IBU, tak tahu nak cakap macam mana.ada 1 feeling yang aku rasa aku memang tak boleh berenti minat dia.

4 comments:

Yong said...

wah...igt lagi ye gan dia ni. owh sy dah lupa. igtkan bintang kecil. hahaha. no hal lah minat bdk kecik contohnya ramai je minat justin bieber tu kan..kan...kan...
asal ada bakat je, no hal. blh lagi jadi idol kita. my ayah(sempena hari ayah) minat siti nurhaliza siap beli majalah dia, even sy ni(perempuan)tak pernah beli majalah hiburan kecuali majalah ujang, blues n gila-gila. hehehe

suara sizuka said...
This comment has been removed by the author.
suara sizuka said...

wah...ni memang layan kartun2 ni.hehe...dulu kecik2 rajenlah beli ujang dan gila-gila.Tu pun time nek bas balek raya.hehe..

~syue syada~ said...

saya pon minat dia gak msa saya kecik n dia pon sekolah lg..

pastu kan dia stop kejap, dan skarang, wowww... best giler :)

 
COPYRIGHT @ 2009- 2011 . DONE BY, SUARA SIZUKA