Hai...Hai....Hai...^-^
Setelah belog ni berhabuk selama hampir 2 minggu "malas taip", akhirnya keluar juga kerajinan untuk menghupdate belog ni. Seperti dulu,cerita aku mesti tergantung. Konsert Final hari tu tak hupdate lagi.Hm.....Sabar je la. Bila kemalasan melanda diri, nak buat apa-apa pun malas.
Post kali ni berkisar tentang LAPPY. Setelah belasan atau puluhan tahun hidup "cam tua sangat je", berapa kali dah korang beli atau tukar laptop/notebook? Adakah disebabkan lappy korang rosak atau korang nak yang lagi cantik dari yang korang ada?Atau pun korang nak yang lagi kecik atau pun korang nak ikut kawan korang beli lappy baru?
Kadang-kadang bila teringat my lappy lama, rasa rindu dan terharu sangat-sangat.
1) 1st lappy- M Life.
Mungkin bila dengar nama lappy ni rasa macam tak pernah dengar tapi lappy ni la jadi peneman hidup aku semasa aku kt Matrik. Salah satu subjek memerlukan aku kena buat web dan aku ni dengan rasa yang sedih call my dad cakap yang kena guna lappy."tapi dalam hati berharap my dad beli". My dad just dengar dan cakap guna je la komputer kat sana.Keesokkan harinya,my mom call cakap my dad keluar pergi beli lappy untuk aku. Wah...time tu rasa terharu and suka sesangat."time tu kat matrik,boleh kira berapa orang ada lappy'. Terus my dad bagi kat kawan dia untuk hantar lappy tu ke Perlis.
Lappy ni la menjadi peneman buat aku dan kawan sebilik tengah malam."kawan bilik bawah pun join sekali" Time tu femes cerita FULL HOUSE kan. Pakat semua kawan bawa bantal ,makanan dan lepak kat bilik aku untuk tengok cerita tu."Sambil bawa kotak tisu untuk menangis sama-sama". Tiap malam, itu menjadi acara wajib kami.Tengok cerita FULL HOUSE sampai habis. Dan ada yang sanggup datang balek nak suruh ulang cerita.Time tu rasa happy sangat dikelilingi kawan yang sama kepala. The best things in my life adalah time belajar di Matrik. Rindu sangat kat kawan Matrik.
M-Life
2) 2nd Lappy- Acer 4520
Lappy ni dibeli bukan atas sebab my 1st lappy rosak tetapi akibat kemahuan yang meledak-ledak yang tidak dapat ditahan untuk memiliki sebuat lappy yang putih bersih dan lagi style.Macam biasa lappy lama ni ada je kekurangan dia. Kurang tarikan WIFI, berat,xstyle dan macam-macam alasan boleh diberi. Tapi untuk aku,aku nak yang lagi style. "bunyi macam tak bersyukur kan". Itulah manusia.Tak bersyukur dengan apa yang ada termasuk aku.huhu....
Time beli lappy ni,my parents tak tahu. Aku beli senyap-senyap. Aku beli secara ansuran melalui program Agri Bima. Mereka akan tolak bayaran ansuran tiap kali start sem. So,every sem bayar sekali."Aku bayar 3 ansuran je".Beli lappy ni time belajar kt USM. Dah beli tu baru bawa balek rumah beritahu my parents. So, my 1st lappy dapat kat adik aku."Now tak tahu mana lappy tu"
Acer 4520
3) 3rd Lappy- Samsung NB 520
This is my peberet. Yang ni dibeli kerana my 2nd lappy rosak dan telah dijual dengan selamat kat kedai komputer.My dad dengan baik hati telah membayarnya menggunakan kad kredit nya itu. Thanks daddy.You're my life. "bodek tak salah kan". Akcelli aku nak yang kaler PINK tapi al-maklumla takde PINK jadinyer aku amik saja warna yang ada. BROWN. Cantikla juga walaupun aku frust tak dapat warna PINK." tak bersyukur gak tu". Now hidup dah selesa dapat lappy yang kecik dan style.
Samsung NB 520
4) ????????????- APPLE PINK
Laptop yang menjadi pujaan dan kegilaan aku.Akan ku dapatkan jugak lappy ni.:-)
Poket Doraemon- Rindu dekat lappy lama.
0 comments:
Post a Comment