Monday, June 20, 2011

Siapa yang takde laptop angkat tangan??

Hai....Hai....Hai...^^




Apa yang ada kat laptop ni?

Laptop ni ada Webcam?

Laptop ni berapa lama bateri tahan?

Laptop ni ada warranty?

Soalan cepu emas yang sering ditanya oleh pembeli laptop. Nak beli laptop mesti kena detail
bro.Mana boleh pilih ikut suka.Ingat pilih baju ke?Baju pun nak pilih yang lawa-lawa dan ada style.Takde style ada ke orang nak beli??Ikan kat pasar pun nak pilih yang fresh-fresh.* Sekarang ni aku dah mula melalut*



Dan peralihan bulan, tahun dan zaman, muncul la laptop yang baru seiring dengan kemajuan teknologi.Dan semua orang takkan lari dari keinginan untuk memiliki sesuatu yang baru,lebih baik dan lebih style dari apa yang diorang ada.*Termasuk aku* Tetapi kita sebenarnya dah ada barang tersebut dan ia masih elok digunakan.Mungkin ada yang dah xelok.Itu dimaafkan.Tapi yg masih ada,elok dan tiada kerosakan,tetapi masih berminat untuk memiliki laptop yang baru. Itu tidak boleh disalahkan.Lumrah kejadian seseorang manusia.Tidak pernah cukup dengan apa yang ada dan tidak bersyukur dengan apa yang ada.*Macam syarahan untuk orang yg nak kawen lg 1 je.huhu*


Hmm....nampak semua ok,apa yang aku nak cakap ni?? ^-^......



Kalau dulu,3 4 tahun lepas,orang yang ada laptop ni dah rasa bangga,riak sebab tak semua orang ada laptop. Sanggup bawa ke hulu ke hilir semata-mata nak tunjuk yang ko tu ada laptop. Ek eleh.....Time nak balek kampung,orang sibuk beraya,ko la sibuk main internet.Bawa laptop pi dapur.Kalau boleh,p tandas pun nak bawak jugak. Yang part best,sedara-sedara pun seronok nak tengok laptop ko tu. Dengan kata lain .BATAK."Fuiyo,ko ada laptop".Rasa megah di hati time tu.


Tapi kalau korang buat camtu sekarang, tarak layan la.Sekarang ni tanya la semua orang siapa yang takde laptop?Orang kampung pun ada tau.Kalau dulu kuno,xtau pasal internet,xtau pasal FACEBOOK, sekarang ni dah tau.Siap datuk nenek pun tau main game.Bawak plak laptop korang balek kampung,tak akan ada sape-sape yang nak tengok laptop korang.Sekarang ni pakat semua bawak laptop.Kat ruang tamu tu,berderet main laptop.Sampai korang bercakap dengan sepupu pun pakai YM,FACEBOOK atau SKYPE.

ACER PINK: Wei samdol,ko tak lapar ke?

SAMSUNG MERAH: Lapar gak.Opah masak apa?

TOSHIBA HIJAU: Tadi aku tengok adik aku makan dengan kuah kicap.Kuah kicap ayam kot.

TOSHIBA BIRU: Jom gi makan.




Kalau sampai jadi macam ni,tak perlulah dianugerahkan mulut.Bek jadi bisu jew..huhu..

Tengok,sekarang ni topik aku dah lari.Sebenarnya aku just nak tahu, kesemua orang di dunia ni yang ada laptop,dah berapa banyak kali tukar laptop? Apa sebabnya?Adakah disebabkan laptop rosak, nak yang lagi canggih,nak yang kecik,nak yang besar dan akhir sekali tukar laptop ikut musim?Duet banyak lah katakan...



Sebenarnya aku ni dah lari jauh dah ni.Sebenarnya nak tunjuk peralihan laptop aku dari dulu sampai sekarang tapi memandangkan dah melalut,kita sambung to next entry...^-^...


Poket Doraemon- Budak kat kampung Felda,boleh dapat laptop free.Jelez-jelez.....

2 comments:

YONG JIAO XIU said...

ye mmg suma dpt laptop now. my cousin pun dpt laptop free kat sekolah cz gov bagi.
sy pya plk bkn beli baru, tp amik adik pya, my laptop pki 5thn dah arwah thn lepas masa bln pose.huhuhu sedih, cz dlm tu ada segala benda n skrin besar gedabak best tgk cter, mcm kat tv je rasa. ni dok pk nak beli desktop yg saiz 22 inci. hahaha gila besar, puas hati klo tgk movie download.ada ke laptop saiz screen 22inci?nak beli klo tak.

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

nak comment x kena mengena ngan topic d atas...kira off topic hikhik...masuk umah uols rasa macam musim autumn jer....but nice...:))

 
COPYRIGHT @ 2009- 2011 . DONE BY, SUARA SIZUKA