Friday, June 24, 2011

Malaysia Menang 2-1 (Malaysia vs Lubnan)

Hai...Hai...Hai...^-^


Malaysia Menang!!!!!! Horay!!!Layak ke OLIMPIK!!!! Berbaloi kepada sesiapa yang pergi tengok dan pakai baju Malaysia."Macam pakteh aku". 2-1 dan di saat 5 6 minit last,memang saat yang menakutkan.Takut lah tiba-tiba Lubnan bagi gol.Dahla Malaysia kena kad Merah time main.Seram-seram.Bile masa dah habis,rasa happy sangat-sangat.

Malaysia Boleh!!!!

Skuad Olimpik negara berjaya mencatat sejarah apabila mara dalam peringkat kumpulan selepas membenam Lubnan 2-1 pada perlawanan  kelayakan pusingan kedua Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur malam tadi.

Anak buah Ong Kim Swee mempamerkan penguasaan sepanjang babak separuh pertama namun aksi separuh masa kedua sedikit mengecewakan kerana Malaysia terpaksa  bermain 10 orang pemain apabila Gary Steven Robbat (min 50) dilayangkan kad kuning kedua.

Gol pertama negara dijaringkan seawal minit ketujuh hasil daripada rembatan menarik oleh Md Irfan Fazail (min 7) yang bermula daripada sepakan penjuru yang  diambil Wan Zack Haikal Wan Nor.
Gol Irfan melonjak semangat para pemain negara dengan penguasaan dan rentak permainan lebih memihak kepada Malaysia.

Serangan dan rentak hebat berterusan apabila pintu gol Dakramanji Mohamad bocor lagi pada babak akhir separuh masa pertama hasil rembatan mudah oleh Wan Zack  (min 40) selepas menerima hantaran menarik daripada Gary Steven  Robbat.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Rentak permainan negara terbantut sepanjang separuh kedua, apabila ketiadaan Steven Robbat seawal 5 minit pertama separuh masa kedua nyata dirasai dibahagian  jentera tengah sehingga memaksa Malaysia lebih banyak bertahan.

Lubnan nyata lebih menguasai permainan pada babak separuh kedua dan memaksa Khairul Fahmi Che Mat 
 terpaksa berhempas-pulas menyelamatkan pintu gol daripada  dibolosi.

Serangan bertali arus oleh Lubnan akhirnya berjaya apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan Chadi Atie hasil kekalutan yang berlaku di hadapan pintu  gol negara.

Menyedari sukar untuk menyekat corak permainan Lubnan, Kim Swee merombak percaturan untuk mengelak daripada terus dibocori dengan memasukkan Abdul Shukor  Jusoh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Md Izzaq Faris Ramlan.

Beberapa gerakan daripada Mohamed Haidar banyak menyebabkan barisan pertahanan negara kucar-kacir dan beberapa percubaannya bahayanya hampir mengundang padah  buat Msia.

Mujurlah Khairul Fahmi mempamerkan penguasaan dihadapan pintu gol untuk menafikan peluang Lubnan serta sekaligus membantu negara meraih kemenangan penting 2 -1 hingga tamat 90 minit permainan.

Dengan keputusan ini Malaysia melangkah ke pusingan seterusnya selepas berjaya mara dalam saingan peringkat kumpulan zon Asia.

Pusingan kelayakan Olimpik 2012 seterusnya akan bersambung pada September ini.

 

Petang semalam,my dad call,memang selalo my dad akan dapat tiket bola lebih "if ad rezeki,tp selalo dpt.".Call tanya nak gi tengok tak.Memang nak pergi tapi takut pergi berdua dengan Mr Nobita.Ramai-ramai plak tu.Batalkan niat nak ke sana.Simpan tenaga nak berasak malam ni."Final Maharaja Lawak".

Kebelakangan ni post aku hanya tertumpu kepada Maharaja Lawak sahaja.Macam aku ni terlalu obses dengan Maharaja Lawak.Sampai Mr Nobita jelez ingat aku minat kat orang tapi sebenarnya aku hanya minat lawak diorang. Aku suka sesuatu yang boleh buat aku ketawa.Bila korang rasa sunyi,tension,geram,nak marah dan apa sahaja yang emmbuatkan korang susah hati,bila ada yang buat lawak yang boleh bagi korang ketawa,semua masalah akan settle.Tol tak?Kalau tak,aku tak tau la.Mungkin korang mengalami kemurungan tahap maksimum.huhu.." Teringat Mr Nobita selalo buat lawak tiap kali aku nak mrah."

Poket Doraemon- Dah dapat tiket,tapi ada problem pulak.Tak tau nak bawa sape.

Thursday, June 23, 2011

Akhirnya..........Aku dapat 4 tiket free Final Maharaja Lawak esok!!!!!!!Siapa nak ikut???

Tahniah anda berjaya, dapatkan 4 pas masuk Maharaja Lawak Final anda di Stadium Melawati bermula 10pg hingga 5ptg pd 24 Jun 2011..


Tit...Tit.....Buka handphone dengan rasa malas teramat sangat.' Baru lepas lipat baju"...Buka-buka tengok bukan msj Mr Nobita, tapi mesej dari Astro..Arghhhhhhhhh..TIDAK!!!!Aku tak percaya.Akhirnya setelah  2 3 hari aku murung dan tension,dapat juga 1 berita gembira yang telah berjaya membuatkan aku meloncat-loncat kegembiraan di hadapan mamito dan my sis.(Tak tahulah kot terpercik air liur ke muka my sis).

Berbaloi usaha aku selama ini."2 hari je pun". Jumaat lepas,habis je AC Mizal beritahu pasal nak dapatkan tiket free,aku terus buka internet dan mendaftarkan diri tepat 12.20 pada ari sabtu.Tapi time tu aku tak confident dapat. Esoknya,sabtu malam ahad,aku menunggu sampai pukul 12 "dah siap isi k borang online,tinggal nak tekan submit je". Tepat 12.01  aku terus tekan submit. 

Terima kasih buat Mr Nobita yang akan menemani saya menonton final maharaja lawak"i tau u suke kan" dan thanks for my dad bcoz masukkan astro dan thanks to my mamito bcoz memaksa my dad masuk Mustika beberapa bulan yang lepas. Tanpa mereka,semua ini takkan menjadi.Thanks to all..."Dengan mood yang sangat-sangat gembira'.



Poket Doraemon-Masih berfikir nak pakai baju apa esok.

Wednesday, June 22, 2011

Siapa nak tiket lebih final Maharaja Lawak???Aku ada tiket lebih....

Aku dapat 4 tiket menyaksikan Final Maharaja Lawak tapi aku tak boleh nak pergi. Ada sesiapa yang nak tiket lebih aku???


Ada tak sesiapa yang nak cakap camtu kat aku?Siapa lah agaknya pemenang bertuah yang dapat tiket free tu. 4 tiket plak tu.Puas hati la.Aku memang nak sangat tiket final Maharaja Lawak....Sedihnyer tak dapat.Bangun pagi celik mata,dengan air liur yang tak lap lagi (Ops), dengan mata yang diselaputi taik mata,tengok handphone kat tepi bantal. "TAKDE PUN MESEJ".



Buka pulak My Lappy, PRINCESS ,pun takde jugak senarai nama. "DIORANG NI TAK HUPDATE LAGI KE"..Time ni dah rasa tak senang duduk dah.Macam nak terbakar hati ni.Sedih tol.DOk berharap dapat tengok LIVE.wuuaaaaaaaaaaaaaa....SOB...SOB...SOB...

Sepanjang hari,apa sahaja mesej yang masuk,terus buka dengan penuh debaran tapi tak dapat pun.Ni dah malam,tengok jugak handphone tapi takde pape pun.Memang aku takde rezeki nak tengok LIVE.





Poket Doraemon- Teringin nak gelak kuat-kuat dengan Mr Nobita  tengok LIVE Maharaja LAwak..

Monday, June 20, 2011

Siapa yang takde laptop angkat tangan??

Hai....Hai....Hai...^^




Apa yang ada kat laptop ni?

Laptop ni ada Webcam?

Laptop ni berapa lama bateri tahan?

Laptop ni ada warranty?

Soalan cepu emas yang sering ditanya oleh pembeli laptop. Nak beli laptop mesti kena detail
bro.Mana boleh pilih ikut suka.Ingat pilih baju ke?Baju pun nak pilih yang lawa-lawa dan ada style.Takde style ada ke orang nak beli??Ikan kat pasar pun nak pilih yang fresh-fresh.* Sekarang ni aku dah mula melalut*



Dan peralihan bulan, tahun dan zaman, muncul la laptop yang baru seiring dengan kemajuan teknologi.Dan semua orang takkan lari dari keinginan untuk memiliki sesuatu yang baru,lebih baik dan lebih style dari apa yang diorang ada.*Termasuk aku* Tetapi kita sebenarnya dah ada barang tersebut dan ia masih elok digunakan.Mungkin ada yang dah xelok.Itu dimaafkan.Tapi yg masih ada,elok dan tiada kerosakan,tetapi masih berminat untuk memiliki laptop yang baru. Itu tidak boleh disalahkan.Lumrah kejadian seseorang manusia.Tidak pernah cukup dengan apa yang ada dan tidak bersyukur dengan apa yang ada.*Macam syarahan untuk orang yg nak kawen lg 1 je.huhu*


Hmm....nampak semua ok,apa yang aku nak cakap ni?? ^-^......



Kalau dulu,3 4 tahun lepas,orang yang ada laptop ni dah rasa bangga,riak sebab tak semua orang ada laptop. Sanggup bawa ke hulu ke hilir semata-mata nak tunjuk yang ko tu ada laptop. Ek eleh.....Time nak balek kampung,orang sibuk beraya,ko la sibuk main internet.Bawa laptop pi dapur.Kalau boleh,p tandas pun nak bawak jugak. Yang part best,sedara-sedara pun seronok nak tengok laptop ko tu. Dengan kata lain .BATAK."Fuiyo,ko ada laptop".Rasa megah di hati time tu.


Tapi kalau korang buat camtu sekarang, tarak layan la.Sekarang ni tanya la semua orang siapa yang takde laptop?Orang kampung pun ada tau.Kalau dulu kuno,xtau pasal internet,xtau pasal FACEBOOK, sekarang ni dah tau.Siap datuk nenek pun tau main game.Bawak plak laptop korang balek kampung,tak akan ada sape-sape yang nak tengok laptop korang.Sekarang ni pakat semua bawak laptop.Kat ruang tamu tu,berderet main laptop.Sampai korang bercakap dengan sepupu pun pakai YM,FACEBOOK atau SKYPE.

ACER PINK: Wei samdol,ko tak lapar ke?

SAMSUNG MERAH: Lapar gak.Opah masak apa?

TOSHIBA HIJAU: Tadi aku tengok adik aku makan dengan kuah kicap.Kuah kicap ayam kot.

TOSHIBA BIRU: Jom gi makan.




Kalau sampai jadi macam ni,tak perlulah dianugerahkan mulut.Bek jadi bisu jew..huhu..

Tengok,sekarang ni topik aku dah lari.Sebenarnya aku just nak tahu, kesemua orang di dunia ni yang ada laptop,dah berapa banyak kali tukar laptop? Apa sebabnya?Adakah disebabkan laptop rosak, nak yang lagi canggih,nak yang kecik,nak yang besar dan akhir sekali tukar laptop ikut musim?Duet banyak lah katakan...



Sebenarnya aku ni dah lari jauh dah ni.Sebenarnya nak tunjuk peralihan laptop aku dari dulu sampai sekarang tapi memandangkan dah melalut,kita sambung to next entry...^-^...


Poket Doraemon- Budak kat kampung Felda,boleh dapat laptop free.Jelez-jelez.....

Makan: Untuk Kenyang atau Hidup?

Hai....Hai....Hai....^^



Perut kekenyangan ni,nak pikir entry apa pun jadi malas.Otak dah penuh dengan perkataan "KENYANG".Korang mesti pernah dengar perkataan ini..



KITA MAKAN UNTUK HIDUP

KITA HIDUP UNTUK MAKAN



Yes,sekarang ni persoalan ni perlu korang jawab.Untuk orang yang kurus,confirm la diorang akan cakap makan untuk hidup.Yang gemuk-gemuk atau lebih elok dipanggil Chubby ni? Mesti diorang akan cakap hidup untuk makan.(Aku suka dipanggil chubby a.k.a kiut)


Tetapi ada yang cakap makan untuk hidup tapi bila makan tak hingat dunia.Makan apa saja yang korang nak.Al-maklumla duet terlalu melimpah-limpah sampai tak tahu nak buat apa dengan duet tu..Sampai perut tu dah naik buncit dah.Mengandung ke buncit kita pun sampai tak tau.

Cukuplah ye sampai di sini.Aku nak taip banyak-banyak pun dah takde idea. Nak tidur merehatkan diri.Esok perlu ke kursus bersama Mr Nobita.





Poket Doraemon- Start masuk Matrik badan start naik.Makan tak ingat dunia.Sekarang ni kawal makan sikit.


Sunday, June 19, 2011

Budak Besar minat Budak Kecik.

Hai....Hai...Hai...^^

 Sambil dengar lagu Memori Tercipta-Shila,perah otak nak buat entry baru ni. Masih berpikir ni nak buat tentang apa.Hari ni duduk tercongok kat rumah jadi takde modal nak cerita.Takkan aku nak cerita apa yang aku buat hari ni dan apa yang aku masak. Macam menunjuk rajin pulak.huhu....

Dengar lagu ni teringat time Shila ni kecik-kecik.Time tu aku darjah 5.Dia darjah 3. ND Lala datang sekolah aku dan buat promosi lagu anak dia, IBU .1st time aku dengar suara dia, rasa macam nak tercabut nyawa. Sangat-sangat sedap dan nyaring.Susah nak dengar suara yang sangat merdu cam SHila.Time tu jugak aku terus minat kat dia. Tapi secara diam-diam.(Time tu malu budak besar minat budak kecik).

Esok barulah bawa duet nak beli kaset Shila ,tengok-tengok dah habis.Macam nak gila aku time tu tak dapat.Last-last duet tu aku beli barang jahitan.Burn duet. Lepas tu senyap je.

Tup tap tup tap dia sama sekolah menengah time dia tingkatan 2 & 3 (Time tu aku tingkatan 4). Ada kawan aku sorang tu duduk dekat rumah dengan Shila n ada nombor dia.Aku ni dengan muka yang tak tahu malu dan rasa seronok minta nombor Shila.Petang tu juga aku call.Time tu rumah aku pakai line TM jadi tak kesah nak call no rumah dia.

"Hello,boleh saya cakap dengan Shahila?"


"Siapa ni" -Mak dia angkat da..

" Saya kawan dia, XXXXXXX" -Time tu aku tipu nama apa ntah.

" Hello"-Shila angkat



" Hai adik,akak ni minat adik.Nak tanya,tape lagu lama tu ada lagi tak.Time dulu nak beli kat sekolah dah abis".- Aku mula la ayat yang sangat kasihan untuk bercakap dengan Shila.

" Dah abis la kak buat masa ni.Dah lama tape tu tak keluarkan"

Abisla perbualan aku dengan Shila.Bila sekarang dah tengok dia berjaya,rasa seronok sangat sebab aku pernah minat dia dari dia kecik lagi. Tapi bila pikir-pikir,malu gakla samapi sanggup telefon rumah dia. Tu lah kenangan yang paling memalukan tak dapat aku lupakan.

Tapi biarlah minat macam tu je. Time sekolah dulu,Shila ni rapat dengan budak Cina.(Kan dia pandai cakap bahasa Cina). Takde sangat pun kawan dengan Melayu sangat.Mungkin dia sombong atau pun orang segan nak kawan dengan dia. No komen..... Pernah gak time Sambutan hari Guru,dia nyanyi,time tu aku n kawan-kawan buat persembahan tarian.Seriusly,time tu dia tak sombong pun.Tapi dia cantik kan.Dia cantik kat gigi dia.Nampak manis sangat.



Ni picture time dia darjah 5 tak salah aku.Comel,cantik n sweet..

Family Shila.Mak Shila sangat cantik.peewit..



 Time ni Shila nyanyi lagu n siar lagu kt Youtube

Poket Doraemon- Sekarang ni kalau dengar balek lagu IBU, tak tahu nak cakap macam mana.ada 1 feeling yang aku rasa aku memang tak boleh berenti minat dia.

Saturday, June 18, 2011

FREE Tiket Menonton Final Maharaja Lawak!!!!!!!!!!

Sesiapa yang nak tiket free menonton Final Raja Lawak mingu hadapan yang bertempat di Dewan Melawati,Shah Alam??

Sila angkat tangan macam USOP.

Banyak cantik muka korang nak yang free.AKu ni pun dok risau tak dapat tiket. Tujuan aku tunggu sehingga akhir rancangan untuk tau kat mana boleh beli tiket final.Aku sanggup beli tapi tengok-tengok diorang suruh buka website astro.Daftarkan nama di sana.

Bila dah buka website tu,rupa-rupanya dah buka lama dah.Mau tak geram aku baca.Berbulu baca...

....

....

....

Ni langkah-langkah yang korang perlu buat untuk dapatkan tiket percuma.


Langkah 1: 90 pelanggan PERTAMA yang mendaftar di www.astro.com.my/astrolife setiap hari, bermula 14 Jun sehingga 20 Jun 2011 akan memenangi 4 Pas Masuk ke Maharaja Lawak Akhir.
Langkah 2: Pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui SMS pada 22 Jun.
Langkah 3: Bawa SMS dan Penyata Astro anda untuk mendapatkan 4 Pas Masuk di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Jun. Kaunter akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang sahaja.

- Daftarlah sekarang kerana Pas Masuk adalah terhad!


- Terma & Syarat tertakluk.
- Dibawakan bersama AstroLife!
 .......
.......
.......
.......
........
.......
.......

Dapat je arahan ni,tinggalkan laptop,buka segala almari yang ada di rumah ni,cari bil astro.Tak cukup dengan itu,menggunakan bantuan dari my dad untuk cari.Akhirnya jumpa juga.




Antara pengadil Maharaja Lawak yang sangat cool dan sporting.Minat APEK n MAMAT KHALID.peewit..


Comfirm juara... Apa saja JOZAN buat memang lawak.
Bujang Lapok tahun 2000

Muka ganas,hati kiut..

 Peserta perseorangan-LU PIKIRLA SENDIRI

Poket Doraemon-  Teringin nak tengok Maharaja Lawak secara live. Kalau ada nak jual,sanggup beli.

Friday, June 17, 2011

Bekerja: Gaji yang banyak atau ikut minat?

Selamat Petang semua.

Buka-buka blog,dengan hati yang tak keruan 'tunggu keputusan interview dengan CIMB' ,mata yang kurang tidur, perut yang jap lapar jap kenyang,tengok followers yang semakin bertambah, rasa terharu dan seronok .Setelah lama mengimpikan followers yang semakin bertambah,akhirnya dapat juga walaupun tak seramai mana.Kita perlu la bersyukur di atas segala apa yang kita ada.Jangan tamak.



To all followers,thanks be my followers. Please don't hesitate to visits my blog again.


Meh kite story morey balek. Kepada sesiapa yang telah bekerja,akan bekerja,mencari kerja,belum start keje dan lastly yang takde keje, post ni untuk korang termasuk aku.

Ni kalau korang buat sepanduk,duduk tengah jalan,mau gelak semua orang.


Melatih korang bersabar sebenarnya ni.Aku tak sanggup.huhu..


Any vacancies for SUperman??



Misi seseorang untuk bekerja memang hanya untuk DUET.Tipulah kalau cakap korang memang tak tengok duet. NO MONEY,NO TALK...


So now persoalannya,korang diberi 2 situations. Which one korang prefereed?


1) The company hired you, diorang bagi gaji yang banyak tapi memang kerja yang korang tak suke.Persekitaran tak best, kerja yang sangat banyak(kena buat keje orang lain) dan korang rasa xseronok langsung keje sane.

2) The company hired you, diorang bagi kerja yang korang minat sangat bidang kerjanya,tetapi gaji yang ditawarkan sedikit dari yang korang bayangkan.Tapi persekitaran yang best (bos ok,pekerja lain ok), kerja yang ikut bidang korang sahaja dan korang rasa sangat seronok bekerja di sana.


Agak-agak korang akan pilih yang mana?Pikirkan...Dan ketika itu korang akan tahu apa yang korang mahu..


Buat sepanduk ni lepas pegi interview.Sure tak dapat.



Poket Doraemon- Aku nak gaji yang banyak tapi persekitaran yang best dan seronok bekerja di sana.

Thursday, June 16, 2011

KL Gangster Movie



Rancang nak tengok cerita ni semalam tapi al-maklumla,semalam ada hal,jadi bawa ke hari ni.Bertempat di Times Square,pukul 12.40 pm,aku n Mr Nobita telah menonton sebuah lagi movie arahan Shamsul.Dah tengok ni aku boleh bagi rank 4/5 la. Not bad la cume banyak sangat dialog dari cerita.

Kalau perasan,cerita ni awal-awal start dengan suara yang tak tumpah macam suara dalam Hikayat Merong Mahawangsa. 'Aku tak perasan tapi Mr Nobita yang bagitau.'  Kalau ikutkan tak perlu nak cerita macam tu.Biarlah gambar tu yang menceritakan.Ni siap ada pengenalan watak,macam cerita dalam novel online plak.huhu..

Tapi cerita ni better than KONGSI. Bukan nak cakap Kongsi tak best,best gak cume KL Gangster ni lebih kepada kekeluargaan.Kepada yang jahat-jahat tu,bagus tengok cerita ni.INgat sikit kat family.



Malik ( Aaron Aziz),bekas banduan,bekas group King dan
juga Hero cerita NORA ELENA.
 
Zizan,kawan baik Malik."e..sial la.aktui"-trademark dia k

 
Ni time nak berjumpa dengan group Dragon.Budget power la diorang ni.Cuba sorang-sorang,tak berani korang.
 

Dekat sini bukan nak cakap hebat dia lari ye..Cube korang bandingkan cerita ni dengan cerita Kongsi.LAtar belakang tempat sama iaitu Petaling Street.Agaknya kenap mereka buat di tempat itu ek??? Sama je tempat.


 Ok..tamat sudah entry untuk hari ni.Tangan dah letih,mata dah ngantuk.TIDAK!!!!!!!!!!! mata kena tahan.tunggu cerita NORA ELENA. 

Poket Doraemon- Mamito n my dad beli mesin jahit for my sis. Bolehla aku belajar menjahit sendiri di rumah.

Wednesday, June 15, 2011

First time Sizuka Drive Kereta Idaman!!


Setelah setahun lebih dapat lesen kereta,akhirnya dapat gak aku bawa kereta.Di tengah-tengah kota raya KL dan di tengah kesesakan lalu lintas. Kereta apa?Jangan tanya la.Kereta peberet aku yang udah lama diidamkan.Sangat comel,besar dan menjadi kegilaan ramai.

MYVI!!!!!!!!!!!!!



Dulu keluar kereta ni kalau tengok je orang bawa,mesti jelez tahap gaban."Fuh,style giler kereta tu'. Tambah-tambah pulak biler keluar special Edition PINK kaler..Lagi aku menggeletar badan ni nak kereta tu."kalau tengok perempuan bawa kereta Myvi PINK lagi aku geram.Macam nak minta je kereta dari orang tu"


Tapi kalau tengok kat web Mudah, google mana-mana, kebanyakan kereta yang dijual balek kebanyakannya mesti kereta Myvi.Aku pun tak tahu mula-mula kenapa tapi aku pernah dengar orang cakap. 'Myvi ni maintenance tinggi'. Jadi lepas tu aku dah faham kenapa ramai nak jual balek Myvi. Apalah korang ni,beli elok2 jual.Tapi serius,Myvi kat tempat duduk belakang besar. Mau muat 4 orang.Puas Hati la kalau beli Myvi.

Yang xbestnye bila aku bawa,aku kena tegakkan badan untuk tengok di depan.Nak kata kecik tak pun tapi kenapa mesti aku tak nampak.Aku mushkil sekerang ni."Budget nak suruh orang cakap aku kecik"

Kereta yang aku naik tu kereta auto. Sepatutnya yang kawal brek and gear pakai kaki kanan sahaja tapi aku yang sungguh pandai n singguh teror ini telah menggunakan dua-dua belah kaki untuk mengawal kereta.Kaki kanan aku tekan gear,kaki kiri aku tekan Brek.
Brek kereta tu pulak tak berapa nak ok.Nak kena tekan ke dalam baru brek ok. Bayangkan,time nak bawa kereta badan tegak dan ke depan,time nak brek aku kena grak ke bawah untuk tekan brek.Badan aku jadi turun naik.Hm..time tu gak aku dah buat keputusan xkan simpan angan-angan nak beli MYvi."Walaupun dalam hati ni nak sangat pakai Myvi.Giler korang.Kereta angan-angan aku tu"

Now tumpuan aku kat VIVA plak.......Sangat kecik,comel dan save duet minyak. Aku dah pernah naik Viva time ambil lesen jadi aku dah boleh tau aku ok dan sesuai dengan VIVA. Now tumpuan aku hanya pada VIVA.Ingat ye Sizuka. Tempekkan dalam hati,tenyeh betol2,gigit bibir kuat-kuat,katakan TIDAK pada Myvi.."Kalau nanti ubah fikiran xtau la kan".




Poket Doraemon- Hari ni genap 4 tahun 11 bulan hubungan dengan Mr Nobita.Ini bermakna bulan depan cukup.............5 tahun....Alhamdulillah............

Thursday, June 9, 2011

Demam Patung DOMO?????????

Korang tengok gambar ni sure korang tau kan cartoon DOMO ni? Now dah trend patung and segala barang berkaitan DOMO. TOday aku hangout wif Mr Nobita n 2 orang adiknya yg sangat cantik itu kat Times Square. Jalan punya jalan,tu dia 'Mak Jemah' terkejut nyah tengok berapa ramai pakai beg DOMO....Memang conform tu budak2 lagi tapi aku xsangka sampai camtu jadi kegilaan orang sekarang..


N tak ketinggalan 2 orang adik Mr Nobita yg cantik itu. DIorang pun rupanya hantu DOMO. Tokojut eden. Yang sorang tu ari tu dah beli 1 patung yang kecik. Hari ni jalan2 beli lagi 1 patung DOMO tapi besar sedikit. N sorang lagi beli Patung DOMO yang paling kicik. ( Serius sangat comei). Now mereka dah jadi 1 family DOMO. Ada dari kecik sampai besar. Ibu , anak n cucu.( Yang bapa xsempat beli lagi,bulan depan plak.huhu)


Ni yang kaler PINK. Ni kalau ada ni, conform la adik2 Mr Nobita akan beli terutama si cantik manis Mira. Yang tu sangat minat kaler PINK ni. Same like me.hehe...




SO cute PINK DOMO...

Pandai orang yang buat barang-barang DOMO ni. Banyak barang buat.....Kat Times Square murah. Teringin nak beli? Datanglah cari.:-)
Patung kecik ( Key chain / Gantung kat kereta)

Pensil Case

Tempat bubuh Handphone pun ada k....


Ni antara gambar aku dapat kat Yahoo Image..
SO cute....NAK!!!!!!!!!! Tapi aku lagi suka Patung Mr Bean.Hehe...



Lastly, buat semua...


Bila DOMO dah malu xpakai baju n bila SPonge Bob dah muak pakai baju...

Dipersembahkan.........


DOMOBOB / DOMOSPONGE
Poket Doraemon-Aku pun ikut trend jap...Patung Mr Bean dah xde. Masih mencari.

Wednesday, June 8, 2011

Nak Femes gak!!!!!!!!!!1

boleh tak nak letak gambar ni je untuk ganti diri aku?


Baru pas melawat belog-belog yang terkenal n femes tahap gaban.Macam mana la kan diorang boleh jadi fofular and ramai followers..Aku nak gak!!!!!!!!!!!!!!!

Dalam nak dekat 3 tahun,aku baru ada 41 followers. TU pun aku rasa follow sebab nak suruh aku follow balek. Bukan yang nak baca blog aku. Rasanya selama ni aku tulis dalam belog ni,xde sape pun yang baca.haha...(Thanks to Mr Nobita yg hari-hari membaca belog hamba yang sangat xfofular ini).

Setakat yang aku tengok ,kebanyakan yang fofular mesti cantik and diorang pandai mengarang cerita. Siyes bile baca pun tau benda tu keluar dari hati diorang yang tengah berkata-kata u.(mana aku tau?haha)...


Tapi tengok aku punye ayat,memang xkeluar dari hati. Keluar dari lubuk mana ntah.Dalam hati nak cakap lain,tapi tangan ni taip lain..

N kalau perasan,sume yang fofular mesti akan letak gambar diorang. Tapi aku?? Gambar pun tarak leh ke fofular?

HMMMMMMMMM......
Kang bubuh lagi ramai followers lari.Takut tangok muka aku.huahua....


Poket Doraemon- Jelez dengar blogger fofular dapat RM 1K untuk bulan Mei...

Monday, June 6, 2011

Keperluan Beras dalam Kelaparan???

Beras amat penting dalam sebuah kehidupan.Semua orang perlukan nasi untuk terus hidup.
Now apa point aku sebenarnya?


Stok beras xde....Hahahaha


First time dalam sejarah rumah ni stok beras xde.Pelik2...Now aku xtau nak masak pe.

LAPAR

LAPAR

LAPAR


Poket Doraemon- Takde mood nak keluar cari makanan.Malas.

Pirates atau Lanun??

Baru balek dari tgk cerita di bawah ni:

PIRATES OF CARRIBEAN

Fuh...cerita dia memang best.Dia sambungan dari cerita yang sebelumnya walaupun aku lupa cerita dulu. ( Mr Nobita ada untuk ingatkan.hehe). Ni perebutan untuk ke Telaga Air Suci xsalah nama dia. Tapi jalan cerita nak gi sana panjang gak.

Perasan x, kalau cerita Melayu paling lama pun 1 jam setengah.Kalau cerita orang putih, mau sampai 2 jam lebih. Serius lama giler.(Tapi tak boleh lawan cerita Hindustan yang 3 jam.huhu)


CAPTAIN JACK SPARROW (mata dia la kot sparrow.)


Dia ni sangat comel dalam cerita ni. Suka kat heroin tu tapi nak xnak mengaku.Pelik2...Time heroin nak mati, baru la nampak yang ko sayang sangat kat heroin tu. Memang ptut ko jadi lanun. Lanun memang tak boleh ada awek. Nanti nak gi belayar ko tinggalkan awek gak.

N time yang aku takut tengok. Time kamera tangkap time Mermaid separa pinggang. Series aku yang takut nampak ** padahal xnampak pun. (Sebenarnya nampak la gak.). Orang omputih ni berani je kan tayang benda2 camtu. Euw........................


Ni time Mermaid tu nak ambil laki ni bawa ke dalam laut. tak tau la bawa ke mana. Ending tu terhenti jap.


Poket Doraemon- Tenggelam dalam mencari sesuatu yang aku xbuat n pelik..

Friday, June 3, 2011

Makanan mengemukkan atau aku yang buat jadi gemuk?




Korang mesti ada makanan pebret masing-masing kan...Mest byk punyer cume korg xperasan. Cam aku,dh buat list ni baru nmpk byk even ad lg xtulis. Now aku dah tau reason berat aku nek wlupun aku rasa diri aku kurus n kecik ( Perasan jp.Nak jga ati xnk rasa bdn ni dah nek.huhu)..








Meh le kita layan aje....


Milo kotak (tin len cket rasa)



Ice lemon Tea ( Mr Nobita mula2 ajar minum)



Honey Star (Makan tnpa susu pun dah sedap dah)



Kek batik ( 1st time buat dulu xjadi.huhu)



Karipap ( Karipap sardin plg sedap)



Durian ( yg lembik2 mmg sedap)



Keropok lekor ( yg dr kelantan sedap)



Rendang (Kalau mak aku buat,shari mkn 3 kali, tiap kli mkn,ulang 2 kali)




Ikan keli ( Buat sambal,masak lemak n ikan goreng mmg sedap. bnda yg plg aku suka msk)



Kari ayam ( Peberet gak ni. mkn ngan kentang)



Jagung ( Jagung tongkol n jgung cawan. Klu beli msk sndiri, hiris bg kuar jgung,boh kelapa n gula,mkn.Memang terangkat mkn)



Popcorn (hanya sedap dimakan ketika tgk wayang)



Hotdog ( masak sendiri n cicah sos sedap)



Roti ( roti coklat n mkn ngan hotdog beserta sos)




Secret Recipe (Dark chocolate cheese, Brownies Coklat)




Kfc ( Ayam spicy, CHEEZY WEDGES)



Mcd ( Spicy Chicken Mcdeluxe, Double cheese burger, FRIES,milo without ice n Pancake)




Pizza Hut (Pepporoni Delight n Cheese)



Nasi ( Nasi goreng cili padi n nasi kandar Khalel)



Air ( SIRAP, Laici, Horlick, teh ais,barli suam)



Kueh( Popia Basah, Kasuwei, Koci,BUAH MELAKA)



Aiskrim ( Aiskrim goreng, Cokalt, Vanila, Jagung, Durian,Pandan, Cornetto)

WAFFER- Rindu time jaga kedai ngan Mr Nobita.Our shop mmg fofular.



Fuh.....Byk lagi ni nak taip tapi xlarat dah otak nak pk n tangan nak taip. Kalau dapat semua ni,mmg aku seronok sgt nk mkn.haha...Dulu berat bdan aku mantain 45, pastu dy naik sikit2, 46,47.5, 48 n baru2 ni aku timbang dah ....




49!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Berat gk. N bru2 ni aku terjumpa kwn sekolah lama, ad yg ckp...




' Bdn xbesar sgt ,tp pipi naik.'



'Wah, comeila. Pipi tembam'



( knon nak perasan dh comei tp mksud dy aku tembam,bkn comei yg cntik 2)



And lastly....

...






' Dulu time tanam anggur, ayg nmpk gemuk. Skang ni mantain ok'



Ayat ni menyejukkan hatiku sikit walaupun sebenarnye Mr Nobita tau berat aku dah nek..haha...Mr nobita pndai jaga hati aku,..GOOD GOOD....

Poket Doraemon- Teringin nak gi Gym...

Kahwen or Khawen or Kawen?

Baru balek dr Majils Nikah adik kwn aku. Bagus aturcara majlisnya.. Siang td pukul 3 Akad Nikah, malam ni pas bacaan Yassin, malam berinai plak. Esok kenduri Kawen. Sgt sempoi n cepat. Tp lg sempoi kalau buat tunang sekali. Yg tu memang kelam kabut.


Majlis ni saja dh kena byar RM 39 000. Tu baru wedding planner. Xmasuk lg duet kuar masuk nk bli brg yg xcukup. Mau sampai 50 000 gak la...Giles punye byk abis. Mau xkawen aku camni. Hantaran je pn xsmpi sekerat duet belanja. Camne la nk buat mjlis kawen.


Abang aku mungkin kwen tahun depan .Kalau duet sume dh ok, leh la buat sekali. Save cket duet kenduri.huhu...tapi nmpak gaya cm lambat lg je.Keje pn xdpt lg.haha....

Poket Doraemon- Ramai kawan-kawan yg dah tunang n ada yg dah kwen.Jeleznyer..........

30 seconds je?

Dalam Dewan Tunku Syed Putra (DTSP) pada 8 ogos 2010








Motif boh gambar ni?

Dah xboh gambar aku, bohla gambar dewan time aku convo.huhu...




Pernah terpikir x,belajar penat2 3/4 years, tapi nek pentas untuk amik Degree korang just for 30 seconds. Something yang aku rasa xpuas hati. N time ni la my dad n my mamito seronok sgt dapat masuk. Diorg siap ckp lg, 'Kak,smbung la Master. Seronok nak masuk dewan convo'... Memang best perasaan time 2. Tapi nak buat camne,buat masa ni aku nak rehat dulu dr belajar. Kepala ni berat nak masuk ilmu. CUkuplah dulu 4 tahun belajar. Nak sambung lg setahun stengah? Not now...


Kadang-kadang terpikir ayat ni....


BELAJAR PENAT-PENAT 3 TAHUN SEMATA-MATA UNTUK NAIK PENTAS AMIK DEGREE YANG XSAMPAI 30 SAAT





Tapi aku rasa aku la yang terpencil sekali time ni. Orang lain sume bergambar sakan dengan kwn2 tp aku? Melarikan diri dari semua. Pelik kan...Bukan apa, aku xsuke nak bergambar campur lelaki. ( budget Poyo jap). Aku xberapa nk ok / ngam ngan budak laki kos aku. N aku xsuke bergambar wif others guys selain Mr Nobita. (Poyo lg). Memang nmpk poyo tp inilah aku. Menjaga diri untuk seseorang yg bernama Mr Nobita.









Poket Doraemon- Mencari kembali gambar yang sudah ilang dimakan jin 'VIRUS'.

PINK Hilang!!

...............



...............



Apakah motif aku letak gambar Pendrive PINK ni?


1 pendrive aku telah dilanggar dan dicerobihi oleh musuh utamaku..


'VIRUS'...



Yang sedihnyer semua my favourite picture ada dalam tu.. N semua gmbr yg cun2 (perasan jp), n cantik ( perasan lg skali) semua dah hilang..



Sedey giler beb...............................



SOB................



SOB................



Tu bunyi aku menangis sedey ok...



Poket Doraemon- Mula simpan dokumen n gambar dlm CD.Lg selamat..Mungkinlah...

Tahankah aku???????????

Apakah perasaan korang biler benda yang kite xnak gtau org lain, tiba2 ada yg beritahu.....



How do you feel?



Aku??



Mestila bengang!!!!!!!!!!!!!!



Malu siot...........



Xsuke!!!!!!!!!!!!!!!!!



Xsuke!!!!!!!!!!!!!!!




Poket Doraemon- Sabarlah hati...Kuatkan diri......Macam nak lari ( Cam pantun wlupun sebenarnye x.huhu)

Thursday, June 2, 2011

Wake up....Wake up....

Peh....tgk2 jam dh 12 lebih.....Bngun pun sebab Mr Nobita yg kejut..huhu.


Aku dah bngun dh pukul 7..Siap2 anta mak aku gi keje..N blek kemas rumah lu,kemas brg Mamito, baru tidur .


ni 3 pictures yg sgt best.Sebenar ad byk tp maklumlah,bru bngun malas nk upload gmbr.


..

..

..

..

..

..

..

..




Last sekali...ni mmg ngantuk tahap dewa.....


Kepada ibu-ibu,jgn biarkan ini terjadi...




Poket Doraemon-Miss so much kt Mr Nobita....(Padahal smlam bru jmpe.Gediks giler kan).



Wednesday, June 1, 2011

Beginilah jadi artis........

Artis ke aku?





Hmmmmmmmmmmmmmmm........





...






...






....





Pelik tajuk entry kali ni...Perasan jap jadi artis.COz ari ni dapat rasa jadual yg sgt pack.
Jadual harian yg mengalahkan segala artis terkenal n tokoh korporat.huhu..




6.30- Bangun pagi (beli roti nk buat sandwich kt Mr Nobita tp smpat2 siap je.nk buat mkanan pn xsempat).




7.00- Gerak dari rumah menuju ke Salak Selatan ,Cheras.(berenti jap isi mnyak)



7.30- Sampai CHeras.(Mr Nobita start bw mtor dh).




8.00- Smpai pudu...Mr Nobita nek bas.(WUuuuu..Sedihyer tgk Mr Nobita g sorg2.....)
* Mr nobita blek Penang utk ambil 2 org adiknya yg sgt cntik itu dtg kl..N ptg blek kl blek...*


8.45- Dah smpai sekerat jln.Tiba2 dpt msj dr Mama(ibu kpd Mr Nobita) nk mnta anta g rumah adik mama di Jln Duta.( TIme tu aku dah kt PWTC,dpt msj pusing blek g Salak Selatan. Agk jauh perjalanan. ) .Tapi xpe..Aku dh anggap tu mcm mak aku.






9.35- Sampai dh DUta.Teruskan perjalanan untuk segera pulang ke rumah..( My mamito ad di rumah).

2.00 -3.50PM-bergerak plak ke Wangsa Walk.Niat nak cri tudung untuk Mamito.Warna GREY ok...Sgt susah nak cri yg wrna lembut...Pusing2 xde. G plak Carrefour..Cari2 xjmpe...pusing 2 kali bru jmpe wrna dy.tapi..........................bawal kosong..last2 aku beli n pasangkan bling2 kt keliling.Baru nmpk cun .




4.00ptg-Bergerak ke rumah nadia.Kwn lama dri tingkatan 2 lg. Adik dy kwen jd aku dtg utk tolong...Ingt nak dok smpi pukul 6 lbih je..Skali........Amik ko,dok smpai kol 9...Tlg buat Door Gift yg sgt byk. N xberenti buat.Berenti hanya utk makan saja. Xramai yg tlg. hanya aku,nadia n ad lg 2 budak2 dok buat...Sdara dy dtg goyang kaki n tnye mcm bos..Buat keje tp mulut jln..(alamat mmg keje xjalan la)...Xphm aku...Org dh bli brg,nk complain mcm2...Sian Mak Nadia dgr diorg pok pek...




Smpai plak rumah,keje rumah menanti..Abis je mandi,mula plak kemas rumah n lipat bju yg sgt byk 2...Wlupun penat,keje rumah kena gk buat...





Amacam? Artis kah aku?Mestila korang ckp X kan.....Nmpk cm xpack kn...tp bg aku,pengisian tiap waktu full giler.


Poket Doraemon- Mr Nobita dh selamat smpi KL wif his beautiful sisters dlm 10 lbih. Alhamdulillah... :-).....

 
COPYRIGHT @ 2009- 2011 . DONE BY, SUARA SIZUKA