Monday, November 28, 2011

Update sikit pun jadilah.


Hai…Hai…Hai….^-^…


Setelah berkurun aku dilanda kemalasan yang teramat untuk menghupdate belog ni .tolong jgn percaya kat sy.Sy memang xde idea nak taip papa. Kadang-kadang kat tempat kerja terpikir macam-macam nak cerita dalam ini belog tapi bila pulang je rumah, 1 apa tak terkeluar dari kepala otak ni.Tangan yang ada kat keyboard pun asyik tekan backspace.(disebabkan cerita tak jadi). Sila ketawakan saya yang sangat sengal ini...

Now back to my story, syukur Alhamdulillah rezeki murah setelah dikurniakan perkejaan yang sangat-sangat menarik dan membuatkan sepanjang berkeja hidup penuh gumbira.Pelik bunyi post ni tapi kebenaran telah terbukti. Apakah buktinya? Korang kena tengok sendiri. Nak cerita kang ada yang kutuk apa-apa. Biarlah ia menjadi kenangan aku. Walaupun masih baru tapi Alhamdulillah dapatlah aku mengumpul duet untuk mara ke kehidupan yang lebih baik.Sila berdoa untuk saya agar saya cepat kumpul duet. AMIN….
Banyak benda berlaku sepanjang tahun ini. Mr Nobita dah convo. Hooray…Sila ucapkan tahniah kepada beliau kerna telah menghabiskan 4 tahun di USM dengan kenangan yang manis-manis belaka. Tema pada hari convo itu PURPLE ok. Macam kenduri kawen pulak bertema-tema warna.HISH…Nak hupdate gambar tapi Mr Nobita ckap bahaya letak gambar sendiri dekat belog. Jadi simpan je la kemas-kemas dalam my lappy mia ni. Mungkin di masa depan Mr Nobita akan membenarkan gambar ini keluar. MUNGKIN…….NO komen.:-p..

Now dah start merapu. Jumpa lagi di lain hari.DAAA…..

Poket Doraemon- Teringin nak ke Bandung……


Sunday, October 9, 2011

WORDLESS SUNDAY

Saturday, August 13, 2011

Hidup mesti diteruskan walaupun sedih..

Hai...Hai...Hai...^-^





Walau hati gumbira, tapi still rasa sedih. Gambar kenangan di Final Maharaja Lawak sudah hilang angkara my dad terpadam semua gambar tu.ISH....ISH....Sedey bebenor. Telah membuatkan aku rasa xde mood nak berblogging.Yg sangat sedey,gamabar aku wif Mr nobita yg bertimbun pun terpadam.Dahla time tu dressing maut."Yo la tu.huuhuhuu".

 Kembali menghupdate blog???


~~~


Mood kembali berblogging ni disebabkan Mr Nobita suruh update blog.Blog ini sudah kembali berhabuk.Hari ini hari untuk aku basuh,lap,cuci, dan polish kembali blog ni.huhu.....



Poket Doraemon- Hasrat untuk pergi dan pulang dr kerja bersama Mr Nobita sudah tercapai.Alhamdulillah.

Thursday, August 11, 2011

Bila otak malas nak pikir,tangan jadi kaku.

Hai...Hai...Hai....^-^


Mood nk berblogging hilang buat sementara waktu...


jadi tangan ini akan kaku sebentar dan otak akan mula dipenuhi dengan keserabutan.



Poket Doraemon- Minggu ni aku n Mr Nobita start keje. So excited....

Sunday, July 10, 2011

Boleh ke Entry takde Gambar...

Assalamualaikum..


    Hai....Hai....Hai....^-^

Dengan perut kenyang,hati yang berdegup-degup "tak sabar jumpa blogger femes hari ini" , memulakan post untuk hari ini walaupun tak tahu nak buat tajuk apa " gambar final ML tak transfer lagi". Sengaja merajinkan diri untuk merenggangkan jari jemari ku yang kasar ini. Tengok blog orang lain,tiap masa ada je tempat yang diorang gi dan sempat lagi untuk bergambar. Padahal aku,kalau keluar pun, nak bergambar pun sampai lupa."tiap masa bawa kamera".


Petang ni ada janji temu dengan blogger femes. Rasa tak sabar sangat nak jumpe si cantik manis Ain tu.Sepatutnya jumpa semalam,tapi semalam telah didaruratkan oleh my mamito untuk tidak keluar rumah. Jadi hanya menonton TV dan menemani my Lappy Mia di rumah.

Poket Doraemon- Menunggu Mr Nobita pulang dari kampung.I Miss U ...

Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011- Ramai yang mati dan cedera akibat pergaduhan

Hai....Hai....Hai....^-^


Lebih kurang 10 000 orang mati terbunuh akibat pergaduhan yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Korang nak ke dengar berita ni keluar di corong-corong radio,muka depan surat khabar dan di televisyen? Rasa sedih kalau la benda ni berlaku. Tak ke rasa kasihan bila dengar ramai yang cedera,terbunuh,ditangkap dan ditahan akibat Perhimpunan Bersih ini. Polis hanya menjalankan kerja mereka tapi kita selaku rakyat Malaysia perlu sama-sama menjaga keamanan Negara Malaysia.












Ni kat Jalan Perak.Dari PUDU menghala Dataran Merdeka.




















 Beginilah jadi kalau tak beri kerjasama.











 Pakcik ni saket-saket pun nak join.



 Siap bergambar.Nak buat kenangan kot. Kenangan memalukan Malaysia.CET...




 Area Low Yat 





Yang sedihnya bila orang muda,tua,budak-budak malah wanita turut terlibat dalam perhimpunan ini.Tidakkah korang rasa malu? Kita sesama MELAYU "besar sikit ye tulisan tu" bergaduh sesama sendiri. Tak ke rasa atau terpikir bangsa lain bersorak happy dan gumbira melihat kita orang Melayu dan beragama ISLAM bergaduh sesama sendiri.


Kalaulah boleh kita semua bersatu pada,berdamai demi memikirkan keamanan negara kita. Banyak benda boleh dibincang.Jangan kita sanggup pikir politik dan kepentingan masing-masing,sampai kita lupa akan kedamaian negara sendiri. Mungkin ada sebab perhimpunan ini diadakan tapi tak perlulah sampai menyusahkan orang ramai. Ada yang tersekat 4 5 jam dek kerana banyak sekatan jalan dilakukan .Apa-apa pun,lepas ni, Malaysia tidak akan digelar negara yang aman lagi oleh orang luar. Pakat semua tak nak melancong kat Malaysia."Hari ni hari berceloteh panjang"



Poket Doraemon- Tension tak dapat jumpa blogger femes disebabkan hari Sabtu yang dikuarantin ini.Rancangan terpaksa ditangguhkan.

Dari laptop buruk ke laptop baru..

Hai...Hai....Hai...^-^



Setelah belog ni berhabuk selama hampir 2 minggu "malas taip", akhirnya keluar juga kerajinan untuk menghupdate belog ni. Seperti dulu,cerita aku mesti tergantung. Konsert Final hari tu tak hupdate lagi.Hm.....Sabar je la. Bila kemalasan melanda diri, nak buat apa-apa pun malas.

Post kali ni berkisar tentang LAPPY. Setelah belasan atau puluhan tahun hidup "cam tua sangat je", berapa kali dah korang beli atau tukar laptop/notebook? Adakah disebabkan lappy korang rosak atau korang nak yang lagi cantik dari yang korang ada?Atau pun korang nak yang lagi kecik atau pun korang nak ikut kawan korang beli lappy baru?

Kadang-kadang bila teringat my lappy lama, rasa rindu dan terharu sangat-sangat.

1) 1st lappy-   M Life.

Mungkin bila dengar nama lappy ni rasa macam tak pernah dengar tapi lappy ni la jadi peneman hidup aku semasa aku kt Matrik. Salah satu subjek memerlukan aku kena buat web dan aku ni dengan rasa yang sedih call my dad cakap yang kena guna lappy."tapi dalam hati berharap my dad beli". My dad just dengar dan cakap guna je la komputer kat sana.Keesokkan harinya,my mom call cakap my dad keluar pergi beli lappy untuk aku. Wah...time tu rasa terharu and suka sesangat."time tu kat matrik,boleh kira berapa orang ada lappy'. Terus my dad bagi kat kawan dia untuk hantar lappy tu ke Perlis.

Lappy ni la menjadi peneman buat aku dan kawan sebilik tengah malam."kawan bilik bawah pun join sekali" Time tu femes cerita FULL HOUSE kan. Pakat semua kawan bawa bantal ,makanan dan lepak kat bilik aku untuk tengok cerita tu."Sambil bawa kotak tisu untuk menangis sama-sama". Tiap malam, itu menjadi acara wajib kami.Tengok cerita FULL HOUSE sampai habis. Dan ada yang sanggup datang balek nak suruh ulang cerita.Time tu rasa happy sangat dikelilingi kawan yang sama kepala. The best things in my life adalah time belajar di Matrik. Rindu sangat kat kawan Matrik.


M-Life

2) 2nd Lappy-  Acer 4520

Lappy ni dibeli bukan atas sebab my 1st lappy rosak tetapi akibat kemahuan yang meledak-ledak yang tidak dapat ditahan untuk memiliki sebuat lappy yang putih bersih dan lagi style.Macam biasa lappy lama ni ada je kekurangan dia. Kurang tarikan WIFI, berat,xstyle dan macam-macam alasan boleh diberi. Tapi untuk aku,aku nak yang lagi style. "bunyi macam tak bersyukur kan". Itulah manusia.Tak bersyukur dengan apa yang ada termasuk aku.huhu....

Time beli lappy ni,my parents tak tahu. Aku beli senyap-senyap. Aku beli secara ansuran melalui program Agri Bima. Mereka akan tolak bayaran ansuran tiap kali start sem. So,every sem bayar sekali."Aku bayar 3 ansuran je".Beli lappy ni time belajar kt USM. Dah beli tu baru bawa balek rumah beritahu my parents. So, my 1st lappy dapat kat adik aku."Now tak tahu mana lappy tu"

Acer 4520


3)  3rd Lappy-   Samsung NB 520

This is my peberet. Yang ni dibeli kerana my 2nd lappy rosak dan telah dijual dengan selamat kat kedai komputer.My dad dengan baik hati telah membayarnya menggunakan kad kredit nya itu. Thanks daddy.You're my life. "bodek tak salah kan". Akcelli aku nak yang kaler PINK tapi al-maklumla takde PINK jadinyer aku amik saja warna yang ada. BROWN. Cantikla juga walaupun aku frust tak dapat warna PINK." tak bersyukur gak tu". Now hidup dah selesa dapat lappy yang kecik dan style.


Samsung NB 520


4)     ????????????-  APPLE PINK

Laptop yang menjadi pujaan dan kegilaan aku.Akan ku dapatkan jugak lappy ni.:-)





Poket Doraemon-  Rindu dekat lappy lama. 

Friday, June 24, 2011

Malaysia Menang 2-1 (Malaysia vs Lubnan)

Hai...Hai...Hai...^-^


Malaysia Menang!!!!!! Horay!!!Layak ke OLIMPIK!!!! Berbaloi kepada sesiapa yang pergi tengok dan pakai baju Malaysia."Macam pakteh aku". 2-1 dan di saat 5 6 minit last,memang saat yang menakutkan.Takut lah tiba-tiba Lubnan bagi gol.Dahla Malaysia kena kad Merah time main.Seram-seram.Bile masa dah habis,rasa happy sangat-sangat.

Malaysia Boleh!!!!

Skuad Olimpik negara berjaya mencatat sejarah apabila mara dalam peringkat kumpulan selepas membenam Lubnan 2-1 pada perlawanan  kelayakan pusingan kedua Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur malam tadi.

Anak buah Ong Kim Swee mempamerkan penguasaan sepanjang babak separuh pertama namun aksi separuh masa kedua sedikit mengecewakan kerana Malaysia terpaksa  bermain 10 orang pemain apabila Gary Steven Robbat (min 50) dilayangkan kad kuning kedua.

Gol pertama negara dijaringkan seawal minit ketujuh hasil daripada rembatan menarik oleh Md Irfan Fazail (min 7) yang bermula daripada sepakan penjuru yang  diambil Wan Zack Haikal Wan Nor.
Gol Irfan melonjak semangat para pemain negara dengan penguasaan dan rentak permainan lebih memihak kepada Malaysia.

Serangan dan rentak hebat berterusan apabila pintu gol Dakramanji Mohamad bocor lagi pada babak akhir separuh masa pertama hasil rembatan mudah oleh Wan Zack  (min 40) selepas menerima hantaran menarik daripada Gary Steven  Robbat.

Kedudukan 2-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Rentak permainan negara terbantut sepanjang separuh kedua, apabila ketiadaan Steven Robbat seawal 5 minit pertama separuh masa kedua nyata dirasai dibahagian  jentera tengah sehingga memaksa Malaysia lebih banyak bertahan.

Lubnan nyata lebih menguasai permainan pada babak separuh kedua dan memaksa Khairul Fahmi Che Mat 
 terpaksa berhempas-pulas menyelamatkan pintu gol daripada  dibolosi.

Serangan bertali arus oleh Lubnan akhirnya berjaya apabila merapatkan kedudukan menerusi jaringan Chadi Atie hasil kekalutan yang berlaku di hadapan pintu  gol negara.

Menyedari sukar untuk menyekat corak permainan Lubnan, Kim Swee merombak percaturan untuk mengelak daripada terus dibocori dengan memasukkan Abdul Shukor  Jusoh, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Md Izzaq Faris Ramlan.

Beberapa gerakan daripada Mohamed Haidar banyak menyebabkan barisan pertahanan negara kucar-kacir dan beberapa percubaannya bahayanya hampir mengundang padah  buat Msia.

Mujurlah Khairul Fahmi mempamerkan penguasaan dihadapan pintu gol untuk menafikan peluang Lubnan serta sekaligus membantu negara meraih kemenangan penting 2 -1 hingga tamat 90 minit permainan.

Dengan keputusan ini Malaysia melangkah ke pusingan seterusnya selepas berjaya mara dalam saingan peringkat kumpulan zon Asia.

Pusingan kelayakan Olimpik 2012 seterusnya akan bersambung pada September ini.

 

Petang semalam,my dad call,memang selalo my dad akan dapat tiket bola lebih "if ad rezeki,tp selalo dpt.".Call tanya nak gi tengok tak.Memang nak pergi tapi takut pergi berdua dengan Mr Nobita.Ramai-ramai plak tu.Batalkan niat nak ke sana.Simpan tenaga nak berasak malam ni."Final Maharaja Lawak".

Kebelakangan ni post aku hanya tertumpu kepada Maharaja Lawak sahaja.Macam aku ni terlalu obses dengan Maharaja Lawak.Sampai Mr Nobita jelez ingat aku minat kat orang tapi sebenarnya aku hanya minat lawak diorang. Aku suka sesuatu yang boleh buat aku ketawa.Bila korang rasa sunyi,tension,geram,nak marah dan apa sahaja yang emmbuatkan korang susah hati,bila ada yang buat lawak yang boleh bagi korang ketawa,semua masalah akan settle.Tol tak?Kalau tak,aku tak tau la.Mungkin korang mengalami kemurungan tahap maksimum.huhu.." Teringat Mr Nobita selalo buat lawak tiap kali aku nak mrah."

Poket Doraemon- Dah dapat tiket,tapi ada problem pulak.Tak tau nak bawa sape.

Thursday, June 23, 2011

Akhirnya..........Aku dapat 4 tiket free Final Maharaja Lawak esok!!!!!!!Siapa nak ikut???

Tahniah anda berjaya, dapatkan 4 pas masuk Maharaja Lawak Final anda di Stadium Melawati bermula 10pg hingga 5ptg pd 24 Jun 2011..


Tit...Tit.....Buka handphone dengan rasa malas teramat sangat.' Baru lepas lipat baju"...Buka-buka tengok bukan msj Mr Nobita, tapi mesej dari Astro..Arghhhhhhhhh..TIDAK!!!!Aku tak percaya.Akhirnya setelah  2 3 hari aku murung dan tension,dapat juga 1 berita gembira yang telah berjaya membuatkan aku meloncat-loncat kegembiraan di hadapan mamito dan my sis.(Tak tahulah kot terpercik air liur ke muka my sis).

Berbaloi usaha aku selama ini."2 hari je pun". Jumaat lepas,habis je AC Mizal beritahu pasal nak dapatkan tiket free,aku terus buka internet dan mendaftarkan diri tepat 12.20 pada ari sabtu.Tapi time tu aku tak confident dapat. Esoknya,sabtu malam ahad,aku menunggu sampai pukul 12 "dah siap isi k borang online,tinggal nak tekan submit je". Tepat 12.01  aku terus tekan submit. 

Terima kasih buat Mr Nobita yang akan menemani saya menonton final maharaja lawak"i tau u suke kan" dan thanks for my dad bcoz masukkan astro dan thanks to my mamito bcoz memaksa my dad masuk Mustika beberapa bulan yang lepas. Tanpa mereka,semua ini takkan menjadi.Thanks to all..."Dengan mood yang sangat-sangat gembira'.



Poket Doraemon-Masih berfikir nak pakai baju apa esok.

Wednesday, June 22, 2011

Siapa nak tiket lebih final Maharaja Lawak???Aku ada tiket lebih....

Aku dapat 4 tiket menyaksikan Final Maharaja Lawak tapi aku tak boleh nak pergi. Ada sesiapa yang nak tiket lebih aku???


Ada tak sesiapa yang nak cakap camtu kat aku?Siapa lah agaknya pemenang bertuah yang dapat tiket free tu. 4 tiket plak tu.Puas hati la.Aku memang nak sangat tiket final Maharaja Lawak....Sedihnyer tak dapat.Bangun pagi celik mata,dengan air liur yang tak lap lagi (Ops), dengan mata yang diselaputi taik mata,tengok handphone kat tepi bantal. "TAKDE PUN MESEJ".



Buka pulak My Lappy, PRINCESS ,pun takde jugak senarai nama. "DIORANG NI TAK HUPDATE LAGI KE"..Time ni dah rasa tak senang duduk dah.Macam nak terbakar hati ni.Sedih tol.DOk berharap dapat tengok LIVE.wuuaaaaaaaaaaaaaa....SOB...SOB...SOB...

Sepanjang hari,apa sahaja mesej yang masuk,terus buka dengan penuh debaran tapi tak dapat pun.Ni dah malam,tengok jugak handphone tapi takde pape pun.Memang aku takde rezeki nak tengok LIVE.





Poket Doraemon- Teringin nak gelak kuat-kuat dengan Mr Nobita  tengok LIVE Maharaja LAwak..

Monday, June 20, 2011

Siapa yang takde laptop angkat tangan??

Hai....Hai....Hai...^^




Apa yang ada kat laptop ni?

Laptop ni ada Webcam?

Laptop ni berapa lama bateri tahan?

Laptop ni ada warranty?

Soalan cepu emas yang sering ditanya oleh pembeli laptop. Nak beli laptop mesti kena detail
bro.Mana boleh pilih ikut suka.Ingat pilih baju ke?Baju pun nak pilih yang lawa-lawa dan ada style.Takde style ada ke orang nak beli??Ikan kat pasar pun nak pilih yang fresh-fresh.* Sekarang ni aku dah mula melalut*



Dan peralihan bulan, tahun dan zaman, muncul la laptop yang baru seiring dengan kemajuan teknologi.Dan semua orang takkan lari dari keinginan untuk memiliki sesuatu yang baru,lebih baik dan lebih style dari apa yang diorang ada.*Termasuk aku* Tetapi kita sebenarnya dah ada barang tersebut dan ia masih elok digunakan.Mungkin ada yang dah xelok.Itu dimaafkan.Tapi yg masih ada,elok dan tiada kerosakan,tetapi masih berminat untuk memiliki laptop yang baru. Itu tidak boleh disalahkan.Lumrah kejadian seseorang manusia.Tidak pernah cukup dengan apa yang ada dan tidak bersyukur dengan apa yang ada.*Macam syarahan untuk orang yg nak kawen lg 1 je.huhu*


Hmm....nampak semua ok,apa yang aku nak cakap ni?? ^-^......



Kalau dulu,3 4 tahun lepas,orang yang ada laptop ni dah rasa bangga,riak sebab tak semua orang ada laptop. Sanggup bawa ke hulu ke hilir semata-mata nak tunjuk yang ko tu ada laptop. Ek eleh.....Time nak balek kampung,orang sibuk beraya,ko la sibuk main internet.Bawa laptop pi dapur.Kalau boleh,p tandas pun nak bawak jugak. Yang part best,sedara-sedara pun seronok nak tengok laptop ko tu. Dengan kata lain .BATAK."Fuiyo,ko ada laptop".Rasa megah di hati time tu.


Tapi kalau korang buat camtu sekarang, tarak layan la.Sekarang ni tanya la semua orang siapa yang takde laptop?Orang kampung pun ada tau.Kalau dulu kuno,xtau pasal internet,xtau pasal FACEBOOK, sekarang ni dah tau.Siap datuk nenek pun tau main game.Bawak plak laptop korang balek kampung,tak akan ada sape-sape yang nak tengok laptop korang.Sekarang ni pakat semua bawak laptop.Kat ruang tamu tu,berderet main laptop.Sampai korang bercakap dengan sepupu pun pakai YM,FACEBOOK atau SKYPE.

ACER PINK: Wei samdol,ko tak lapar ke?

SAMSUNG MERAH: Lapar gak.Opah masak apa?

TOSHIBA HIJAU: Tadi aku tengok adik aku makan dengan kuah kicap.Kuah kicap ayam kot.

TOSHIBA BIRU: Jom gi makan.




Kalau sampai jadi macam ni,tak perlulah dianugerahkan mulut.Bek jadi bisu jew..huhu..

Tengok,sekarang ni topik aku dah lari.Sebenarnya aku just nak tahu, kesemua orang di dunia ni yang ada laptop,dah berapa banyak kali tukar laptop? Apa sebabnya?Adakah disebabkan laptop rosak, nak yang lagi canggih,nak yang kecik,nak yang besar dan akhir sekali tukar laptop ikut musim?Duet banyak lah katakan...



Sebenarnya aku ni dah lari jauh dah ni.Sebenarnya nak tunjuk peralihan laptop aku dari dulu sampai sekarang tapi memandangkan dah melalut,kita sambung to next entry...^-^...


Poket Doraemon- Budak kat kampung Felda,boleh dapat laptop free.Jelez-jelez.....

Makan: Untuk Kenyang atau Hidup?

Hai....Hai....Hai....^^



Perut kekenyangan ni,nak pikir entry apa pun jadi malas.Otak dah penuh dengan perkataan "KENYANG".Korang mesti pernah dengar perkataan ini..



KITA MAKAN UNTUK HIDUP

KITA HIDUP UNTUK MAKAN



Yes,sekarang ni persoalan ni perlu korang jawab.Untuk orang yang kurus,confirm la diorang akan cakap makan untuk hidup.Yang gemuk-gemuk atau lebih elok dipanggil Chubby ni? Mesti diorang akan cakap hidup untuk makan.(Aku suka dipanggil chubby a.k.a kiut)


Tetapi ada yang cakap makan untuk hidup tapi bila makan tak hingat dunia.Makan apa saja yang korang nak.Al-maklumla duet terlalu melimpah-limpah sampai tak tahu nak buat apa dengan duet tu..Sampai perut tu dah naik buncit dah.Mengandung ke buncit kita pun sampai tak tau.

Cukuplah ye sampai di sini.Aku nak taip banyak-banyak pun dah takde idea. Nak tidur merehatkan diri.Esok perlu ke kursus bersama Mr Nobita.





Poket Doraemon- Start masuk Matrik badan start naik.Makan tak ingat dunia.Sekarang ni kawal makan sikit.


Sunday, June 19, 2011

Budak Besar minat Budak Kecik.

Hai....Hai...Hai...^^

 Sambil dengar lagu Memori Tercipta-Shila,perah otak nak buat entry baru ni. Masih berpikir ni nak buat tentang apa.Hari ni duduk tercongok kat rumah jadi takde modal nak cerita.Takkan aku nak cerita apa yang aku buat hari ni dan apa yang aku masak. Macam menunjuk rajin pulak.huhu....

Dengar lagu ni teringat time Shila ni kecik-kecik.Time tu aku darjah 5.Dia darjah 3. ND Lala datang sekolah aku dan buat promosi lagu anak dia, IBU .1st time aku dengar suara dia, rasa macam nak tercabut nyawa. Sangat-sangat sedap dan nyaring.Susah nak dengar suara yang sangat merdu cam SHila.Time tu jugak aku terus minat kat dia. Tapi secara diam-diam.(Time tu malu budak besar minat budak kecik).

Esok barulah bawa duet nak beli kaset Shila ,tengok-tengok dah habis.Macam nak gila aku time tu tak dapat.Last-last duet tu aku beli barang jahitan.Burn duet. Lepas tu senyap je.

Tup tap tup tap dia sama sekolah menengah time dia tingkatan 2 & 3 (Time tu aku tingkatan 4). Ada kawan aku sorang tu duduk dekat rumah dengan Shila n ada nombor dia.Aku ni dengan muka yang tak tahu malu dan rasa seronok minta nombor Shila.Petang tu juga aku call.Time tu rumah aku pakai line TM jadi tak kesah nak call no rumah dia.

"Hello,boleh saya cakap dengan Shahila?"


"Siapa ni" -Mak dia angkat da..

" Saya kawan dia, XXXXXXX" -Time tu aku tipu nama apa ntah.

" Hello"-Shila angkat



" Hai adik,akak ni minat adik.Nak tanya,tape lagu lama tu ada lagi tak.Time dulu nak beli kat sekolah dah abis".- Aku mula la ayat yang sangat kasihan untuk bercakap dengan Shila.

" Dah abis la kak buat masa ni.Dah lama tape tu tak keluarkan"

Abisla perbualan aku dengan Shila.Bila sekarang dah tengok dia berjaya,rasa seronok sangat sebab aku pernah minat dia dari dia kecik lagi. Tapi bila pikir-pikir,malu gakla samapi sanggup telefon rumah dia. Tu lah kenangan yang paling memalukan tak dapat aku lupakan.

Tapi biarlah minat macam tu je. Time sekolah dulu,Shila ni rapat dengan budak Cina.(Kan dia pandai cakap bahasa Cina). Takde sangat pun kawan dengan Melayu sangat.Mungkin dia sombong atau pun orang segan nak kawan dengan dia. No komen..... Pernah gak time Sambutan hari Guru,dia nyanyi,time tu aku n kawan-kawan buat persembahan tarian.Seriusly,time tu dia tak sombong pun.Tapi dia cantik kan.Dia cantik kat gigi dia.Nampak manis sangat.



Ni picture time dia darjah 5 tak salah aku.Comel,cantik n sweet..

Family Shila.Mak Shila sangat cantik.peewit..



 Time ni Shila nyanyi lagu n siar lagu kt Youtube

Poket Doraemon- Sekarang ni kalau dengar balek lagu IBU, tak tahu nak cakap macam mana.ada 1 feeling yang aku rasa aku memang tak boleh berenti minat dia.

Saturday, June 18, 2011

FREE Tiket Menonton Final Maharaja Lawak!!!!!!!!!!

Sesiapa yang nak tiket free menonton Final Raja Lawak mingu hadapan yang bertempat di Dewan Melawati,Shah Alam??

Sila angkat tangan macam USOP.

Banyak cantik muka korang nak yang free.AKu ni pun dok risau tak dapat tiket. Tujuan aku tunggu sehingga akhir rancangan untuk tau kat mana boleh beli tiket final.Aku sanggup beli tapi tengok-tengok diorang suruh buka website astro.Daftarkan nama di sana.

Bila dah buka website tu,rupa-rupanya dah buka lama dah.Mau tak geram aku baca.Berbulu baca...

....

....

....

Ni langkah-langkah yang korang perlu buat untuk dapatkan tiket percuma.


Langkah 1: 90 pelanggan PERTAMA yang mendaftar di www.astro.com.my/astrolife setiap hari, bermula 14 Jun sehingga 20 Jun 2011 akan memenangi 4 Pas Masuk ke Maharaja Lawak Akhir.
Langkah 2: Pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui SMS pada 22 Jun.
Langkah 3: Bawa SMS dan Penyata Astro anda untuk mendapatkan 4 Pas Masuk di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Jun. Kaunter akan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5 petang sahaja.

- Daftarlah sekarang kerana Pas Masuk adalah terhad!


- Terma & Syarat tertakluk.
- Dibawakan bersama AstroLife!
 .......
.......
.......
.......
........
.......
.......

Dapat je arahan ni,tinggalkan laptop,buka segala almari yang ada di rumah ni,cari bil astro.Tak cukup dengan itu,menggunakan bantuan dari my dad untuk cari.Akhirnya jumpa juga.




Antara pengadil Maharaja Lawak yang sangat cool dan sporting.Minat APEK n MAMAT KHALID.peewit..


Comfirm juara... Apa saja JOZAN buat memang lawak.
Bujang Lapok tahun 2000

Muka ganas,hati kiut..

 Peserta perseorangan-LU PIKIRLA SENDIRI

Poket Doraemon-  Teringin nak tengok Maharaja Lawak secara live. Kalau ada nak jual,sanggup beli.

Friday, June 17, 2011

Bekerja: Gaji yang banyak atau ikut minat?

Selamat Petang semua.

Buka-buka blog,dengan hati yang tak keruan 'tunggu keputusan interview dengan CIMB' ,mata yang kurang tidur, perut yang jap lapar jap kenyang,tengok followers yang semakin bertambah, rasa terharu dan seronok .Setelah lama mengimpikan followers yang semakin bertambah,akhirnya dapat juga walaupun tak seramai mana.Kita perlu la bersyukur di atas segala apa yang kita ada.Jangan tamak.



To all followers,thanks be my followers. Please don't hesitate to visits my blog again.


Meh kite story morey balek. Kepada sesiapa yang telah bekerja,akan bekerja,mencari kerja,belum start keje dan lastly yang takde keje, post ni untuk korang termasuk aku.

Ni kalau korang buat sepanduk,duduk tengah jalan,mau gelak semua orang.


Melatih korang bersabar sebenarnya ni.Aku tak sanggup.huhu..


Any vacancies for SUperman??



Misi seseorang untuk bekerja memang hanya untuk DUET.Tipulah kalau cakap korang memang tak tengok duet. NO MONEY,NO TALK...


So now persoalannya,korang diberi 2 situations. Which one korang prefereed?


1) The company hired you, diorang bagi gaji yang banyak tapi memang kerja yang korang tak suke.Persekitaran tak best, kerja yang sangat banyak(kena buat keje orang lain) dan korang rasa xseronok langsung keje sane.

2) The company hired you, diorang bagi kerja yang korang minat sangat bidang kerjanya,tetapi gaji yang ditawarkan sedikit dari yang korang bayangkan.Tapi persekitaran yang best (bos ok,pekerja lain ok), kerja yang ikut bidang korang sahaja dan korang rasa sangat seronok bekerja di sana.


Agak-agak korang akan pilih yang mana?Pikirkan...Dan ketika itu korang akan tahu apa yang korang mahu..


Buat sepanduk ni lepas pegi interview.Sure tak dapat.



Poket Doraemon- Aku nak gaji yang banyak tapi persekitaran yang best dan seronok bekerja di sana.

 
COPYRIGHT @ 2009- 2011 . DONE BY, SUARA SIZUKA